16/06/25 - 20/06/2025
Trip ni aku pergi bersama dengan PKM & PKE of the package. Aku berterima kasih pada project management sbb diorg ni sgt paham atas kehendak PKM untuk package ni supaya conduct PFM sebelum fabrication start. Flight pergi ke Shanghai pada 16/06, Isnin so tak la menggangu hujung minggu aku & family. Dapat MAS direct flight to Pudong, Shanghai. Plan agenda - Engineering meeting 1st day & next day is the PFM.
Sampai je Pudong airport, kami kena naik kereta untuk perjalanan dalam 2, 1/2 jam untuk pergi ke hotel. Kami amik hotel yg berdekatan dgn factory manufacturer supaya mudah utk pergi balik visit. Bagus vendor ni sbb depa ni provide service utk kitorg pergi ke hotel dari airport dgn naik kereta company.
Sampai lah ke Hotel - kami stay at Sheraton Hotel Jiangyin. Lokasi tak berapa ngam sbb betul2 sebelah exit highway tapi nasib baik ada access jalan kaki untuk pergi ke kedai terdekat.
Mcm biasa - misi mencari makanan kedai Halal. Alhamdulillah, dalam deretan kedai2 makan area situ ada terselit satu kedai Halal Chinese Muslim. Terus kedai ni kena mark dgn kitorg sbb dah takde kedai lain dah yg kami boleh makan kat area hotel 😅. For the 1st day aku amik Mee tarik (trademark sini) & nasi goreng cina.
Balik bilik mandi terus landing katil tidur!! 😆. Get ready for the next day meeting.
Esoknya, travel ke factory Davit ni. Layanan daripada depa ni mmg terbaik. Engineering meeting smooth and sempat pergi ke site visit tempat equipment ni akan test and deliver.
Then the next day, my main meeting. Alhamdulillah suma berjalan lancar and meeting successfully conducted. Next agenda kitorg ada tour factory visit and impressed dgn cara kerja diorg - banyak boleh belajar walaupun kadang2 mindset orang 'made in China' ni tak ok tapi utk main/major equipment untuk product2 safety oil and gas - depa ni serious. Dan aku nampak diorg dah improve and ada yang lagi lebih drpd manufacturer belah Europe.
Lokasi yang aku visit ni bukan lah bandar besar - nama tempat Jiangyin. Sempat juga la jalan kat 1 shopping mall tapi tak byk menarik. Yang aku perasan depa ni tgh gila dgn kereta EV so byk betul promotion and show pasal kereta EV. Brand tak pernah dgr kat Malaysia.
Ok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sign off from Jiangyin, Shanghai, China.