Asia Cup 2023 - Doha, Qatar

Perancangan untuk aku pergi ke away day Piala Asia 2023 bermula daripada bulan 5, 2023 lagi. Selepas Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang akan berlangsung kat Qatar bulan 1, 2024, takdak buang masa lagi terus set kat kepala nak layan game Malaysia kat bumi asing.
Aku nak merasa tgk game live Malaysia kat negara asing Dan Alhamdulillah misi aku ni boleh dicapai lepas Malaysia layak utk Asia cup Kali ni...
Since bulan 5, aku dah plan and mengorak langkah utk ke Qatar. Aku ajak member2 sekolah lama, member2 ofis and geng2 lama ke Doha tapi diorg tak dapat join....so mula2 mmg aku dah nekad lone ranger je terjah Doha, then dlm bulan 10, bro bad, boss aku kat SBM nak follow so confirm aku ber away day Harimau Malaya dgn dia....
Aku dapat ticket ke Doha dgn flight Air Arabia. Sbb Qatar airways harga keras walaupun direct flight. So aku amik Air Arabia ada transit kat Sharjah. Ada ticket lagi murah tapi sbb taknak transit kat Colombo, Sri Lanka, so aku amik Air Arabia. At least nak makan and lepak kat airport time transitudah and senang. Harga ok dapat dalam RM 4k pergi balik....

travel with my big brader abg bad - away day Asia cup 2023
ticket Air Arabia

Plan nak layan suma game Malaysia main. Ada 3 game vs oppo 1.Jordan 2.Bahrain 3.Korea
Flight 14hb January to 26th January. Mmg kasi sebat layan suma game. Booked hotel apartment full facilities kat Doha, Qatar. Nama hotel Ezdan Hotel Doha. Dapat bilik yg full facilities siap washing machine / dapur / hall so mudah and senang nti nak stay sana.

Hari yg ditunggu pun sampai. Flight ke Doha, Qatar. Flight ok sbb lebih kurang air Asia je cuma ni seat dia luas sikit. Sampai kat Sharjah, lepak makan dulu melantak nasi kat airport.
menu kat airport transit Sharjah
Daripada Sharjah to Doha cuma 1 jam je travel time so short flight. Alhamdulillah sampai Doha urusan dipermudahkan sbb plan naik MRT senang utk ke hotel. Kat Doha depa panggil Metro utk similar mcm KL utk LRT/MRT.
Kitorg amik MRT dari Metro Airport Doha Hamad Airport to Metro dekat dgn hotel, west bay station metro. Metro ni dekat jugak dgn Office Qatar Energy, company oil and gas terbesar kat Qatar ni.
Sampai je kat Ezdan Hotel, condition and bilik terbaek. Suma lengkap and Alhamdulillah senang nak hidup 2 mnggu kat Doha ni. Tak perlu pikir nak basuh baju suma. Sbb suma dah ada utk basuh baju/kering baju/masak sikit2 and buat keje WFH 😄
Ok. Alhamdulillah Selamat sampai di bumi Qatar and ready for the 1st game of the tournament!

Sabah Trip (Eps 2)

28 August 2023 (Day 3)
Alright. Hari ke 3 di Sabah. Destinasi seterusnya ke Kundasang!
Siap2 kemas bag check out hotel di KK and ready utk bertolak ke Kundasang. Kami sewa kereta Bezza and janji dgn company sewa kereta utk amik pkl 9pagi. Sebelum bertolak, sarapan dulu kat restoran bawah hotel. Kita makan sarapan Sabah style, mee hoon sup!
 Dapat je kereta sewa Bezza, kami terus menuju ke Kundasang. Perjalanan ikut google maps tunjuk 2 jam setengah and Jalan yg kita expect akan belak belok and berbukit. 
Dalam perjalanan, kami singgah di rumah terbalik yg famous kat Sabah ni.
perjalanan otw ke Kundasang sangat cantik dgn view ke arah Gunung Kinabalu.
Tujuan destinasi nak ke hotel dulu utk check in.
 Hotel yg kami book kat Kundasang nama dia Hotel JR Resort (Jasni Rijan Resort). Rasanya ni lah hotel yg best kitorg duduk sbb view and area road ke hotel tak terlalu curam.
Sampai hotel check in bilik dah ready and boleh masuk bilik dah.
So hari ni Takde plan nak kemana2 dulu sbb baru sampai dari KK. Kita snap pictures satu family banyak2 sbb view cantik daripada bawah kaki Gunung Kinabalu. Mmg nampak terus puncak Gunung drpd resort sini.
29 August 2023 (Day  4)
Hari ke 4 kat Sabah. Hari ni kita plan nak tgk lembu and cara pembuatan Susu fresh dari kilang. Lepas tu plan nak pergi ke Sabah tea farm. Sbb time 1st visit dulu tak dpt gi Sabah tea. 
Nak ke Desa Dairy Farm Ni kena book slot siap2. Kami amik slot awal pagi drpd pkl 8am sampai pkl 11am. Sampai je sini kena sidai dulu dlm kereta sbb selagi tak pkl 8, gate jalan masuk tak kan bukak.
Sampai je sini mcm biasa, beli aiskrim, Susu fresh and buat activities bagi Susu/rumput kat anak lembu.
Abis visit ke dairy farm, kitorg terus ke Sabah tea farm. Jujur cakap Sabah tea ni jauh drpd Kundasang. So sbb tak pernah sampai sini kami pergi gak utk dpt experience. Rasanya lepas ni kalo dtg Sabah ni tak pergi la ke Sabah tea lagi...hehehe....penat drive jauh.
Selesai je visit ke Sabah tea, kami balik ke hotel. Kat resort ni sebenarnya Ada restoran yg banyak menu sedap2. Kami makan kat sini je utk dinner sbb badan2 dah penat jalan2 dari pagi. Lepas makan boleh rest and lepak menikmati pemandangan view kaki Gunung Kinabalu and puncak Gunung time petang and sun set nanti....

30 August 2023 (Day 5)
Hari terakhir di Sabah and flight balik ke KL. Flight kitorg balik ke KL pkl 3.20pm so Hari ni lebih pada lepak2 kat area resort and amik luangkan masa menikmati view puncak Gunung waktu pagi and sun rise.
Kami breakfast dekat restoran JR ni je. Menu nasi lemak and adik Fayyadh makan roti canai.
Ok. Selamat tinggal Sabah!! Pengalaman yang kami tidak akan lupakan sampai bila2.
Alhamdulillah atas suma rezeki yang diberi kepada kami sekeluarga dapat menikmati keindahan ciptaan Allah!

Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...