2nd day kat Hatyai, kami plan nak pergi ke Songkhla City. Destinasi pertama kenalah sarapan dulu kan. So kami combine skali dgn lunch 😄. Kali Ni kami ke restoran halal 'Chabura Gyoza'. Daripada hotel naik tuk tuk Lori sbb ramai.
Sampai je restoran, orang dah ramai gak.penuh kedai.
Alhamdulillah kenyang dah boleh cover sekali lunch time 😄. Plan nak ke Songkhla ni mula2 nak naik Van, tapi ada jumpa sorang pakcik ni bawak tuktuk Lori and van/lori tuktuk dia Besar skit dan selesa. Pakcik ni pun pandai cakap melayu Kelantan so kami pilih terus package dia offer ronda2 Songkhla/Hatyai.
Lokasi pertama ke Pantai Songkhla. Dapat la snap pictures dgn duyung.hehehe...
Lokasi ke 2 - naik ke Bukit royal pagoda. Kena naik cable car mcm kat Penang Bukit bendera. Area ni ialah kuil lama so kitorg tak masuk tapi ronda area sekeliling sahaja. View cantik sbb atas bukit so boleh nampak Songkhla overview.
Bukit ni gak dinamalan Tang Kuan hilltop. So in general, best utk view menarik 😀
Lokasi ke 3 - Stop sekejap kat R&R - Ada cafe Amazon. Kopi dia sedap
sebelom tu kena naik ferry utk lintas dari area 'pulau' ke seberang. Tak igt nama tempat dia, tapi rare gak la dapat naik feri dgn duduk sekali dalam tuktuk ni.hehehe
Lokasi ke 4 - Good Mountain Cafe
Tempat ni tak syok sgt sbb just tempat view dari atas bukit je sambil minum Kopi.
Lokasi ke 5 - Lawatan ke tempat patung Buddha baring.
Kalo dah ke Siam, tak sah kalo tak pergi tempat ni. So just singgah and tengok je dari dekat. Mmg Besar giler patung ni....
Lokasi ke 6 - Masjid Besar Songkhla
Hehehe...kalo datang Masjid Ni nak solat and sampai dgn wife takpe, jgn dtg sbb 'lain' susah la....hehehe.... Alhamdulillah dpt singgah solat kat Masjid ni, buat jamak skali
Ok Alhamdulillah setel trip Hari ke 2 - Songkhla City!
Terima kasih kat pakcik yang kami Rasa bertuah dapat jumpa dia - baik/peramah/Muslim.
Ni van tuktuk yg kami naik
Ok kita sambung utk Hari ke 3 pulak!!👍
No comments:
Post a Comment