Alhamdulillah, Kali ni kami sekeluarga dapat 'repeat' travel trip to Sabah. 1st time dulu melancong ke Sabah bertiga (abah/mama/abg Fatihin), kali ni setelah 10 tahun kami kembali trip ke Sabah dgn tambah sorang lagi adik Fayyadh!
Plan nak turun ke bandar Kota Kinabalu, Island hopping & healing kat Kundasang tempatnye Gunung Kinabalu.
Kami bertolak 26hb dgn flight Air Asia pkl 7.10am. Decide amik Grab instead of bawak kereta sendiri sbb Alhamdulillah ada grab driver yg dah online seawal pkl 4.30am.
Sampai KLIA2, mmg ramai sgt org sbb banyak flight awal utk ke destinasi masing2.
Flight departure tepat pkl 7.10am to KK.
Flight time to KK lebih kurang 2 jam setengah. Sampai KK airport dlm 9.30am, kitorg rest sekejap sebelom amik grab ke hotel kat KK.
Kalo kat Sabah ni, ehailing ada option lain boleh guna. Boleh install 'Maxim' utk kita book or naik kereta nak menuju destinasi.
Kitorg stay kat KK city centre utk 2 hari sebelom pergi ke Kundasang. Kat KK kami stay di Atap Hotel. Memang betul2 kat tgh city centre and sangat senang access ke kedai berhampiran. Senang gak nak pergi ke Pasar Gaya street sbb kat bawah hotel je.
Sampai kat hotel, letak bag dulu sbb belom boleh check in. Setel simpan bag terus ke lokasi pertama ke Muzium Sabah. Abg Fatihin suka tempat ni especially muzium sbb byk sejarah boleh baca. Kami naik grab ke Muzium Sabah.
Kat Muzium banyak peninggalan sejarah dan fakta2 terbentuknya Malaysia boleh diperolehi.Kampung warisan Sabah pun Ada kat sini.
Malam nye kami suma cuma pergi Pasar malam Gaya street utk cari dinner menu. Ok la utk hari pertama just stay kat area hotel utk cari makan. Esok baru nak pergi cari seafood kat KK city centre ni.
27 August 2023 (Day 2)
Hari ke dua kat KK, kami plan nak pergi island hopping ronda2 pulau Taman negara kat sini. Jalan kaki drpd hotel ke Jesselton point. Misi mencari package utk visit ke 2 pulau sahaja.
kami dapat and book package utk 2 pulau iaitu Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Naik bot dari jeti Jesselton ke 1st pulau iaitu Pulau Manukan amik masa dlm 15minit. Trip ke Sabah ni kalo bulan 8 ombak and laut bergelora sikit so naik bot mmg ada thrill sikit,hehehe....Banyak Kali scene bot hempas laut sbb laut bergelora....cuak pun ada tapi Alhamdulillah suma ok, selamat sampai ke destinasi 1st pulau iaitu Pulau Manukan....
Setel 1st pulau stay lebih kurang 2 jam kat Manukan, menuju ke pulau ke 2, pulau Mamutik. Rasanya pulau ni paling ngam kalo nak turun sbb boleh dapat tgk ikan time snorkelling and tak berapa ramai sgt yg turun stay. Masa yg kitorg amik sama 2 jam stay kat Mamutik.
Penat island hopping balik bilik hotel terus lepak masing2. Tidur terus nak standby makan seafood waktu malam nanti.
Time malam kitorg pergi makan seafood kat KK city centre. Mmg port area restoran seafood. Harga ok la rasanya mcm murah sikit sbb Sabah mmg famous utk seafood menu.
Ok. Setel Hari pertama and kedua. Masih lagi bnyk nak explore kat Sabah ni. Trip ke Kundasang pulak pas ni!
No comments:
Post a Comment