Setelah sekian lama tak dapat pergi business travel disebabkan procedure baru dan COVID melanda, Alhamdulillah kali ni aku dapat join utk melawat yard and site kat COSCO. Site visit ni ialah initiative yg dibuat oleh Mero 4 project team sebelum kapal berlayar (prior to sailaway).
Aku bertolak ke KLIA utk flight yg schedule pkl 4 petang hari Khamis, 5hb. Dapat flight Shanghai airlines. Review aku flight ni lebih kurang flight low cost mcm Air Asia. Takde langsung entertainment kat seating flight. Even utk caj USB phone takde kat seat. Mmg kosong abis. Visit ni mmg short duration disebabkan project decision and budget factor. Total dalam 25 org utk site visit ke COSCO. Yard ni kat lokasi Qidong area and mmg area tepi laut.
Sampai kat Pudong airport dah malam sbb flight journey dlm 5 jam setengah. Sampai Pudong dalam pkl 9.30mlm. Waktu kat China sama dgn waktu Malaysia so senang and takde issue time differences.
Sampai airport dah ada driver standby by company utk amik kitorg. Aku dlm group 2 utk travel ni sbb company divide by 2 group. 1st group dah fly waktu pagi hari sama.
Setel suma termasuk imigresen and bag checking/collect so lebih kurang 10.30 kitorg bertolak ke Qidong utk ke hotel.
Company provide hotel mmg terbaik pada aku. Dapat stay kat Double Tree by Hilton kat city centre Qidong. Sampai je hotel mmg lapar giler so ada la dlm 6 org drpd group decide utk jalan2 cari makan walaupun dah pukul 12 malam.
Samp hotel check in bilik and letak bag terus utk turun cari kedai makan.
Alhamdulillah, kitorg dapat cari kedai makan Halal walking distance from the hotel. Lebih kurang dlm 400m je dari hotel. Mmg perut dah lapar giler nasib baik ada kedai bukak lagi pkl 12 lebih ni. Dapat la makan satay Kambing Xinjiang, roti and makanan diorg.
Lepak kedai makan sampai pkl 2 pagi. Esok get ready utk site visit ke COSCO yard. Bas bertolak pkl 7 so kena breakfast awal start pkl 6.
6 December 2024
Subuh kat Qidong awal. Pkl 5.04am dah subuh. Aku bangun pkl 5.30 and dah siap2 mandi suma turun sarap pkl 6. Ready nak gi COSCO yard. Picture kapal tak boleh letak sini sbb ada P&C utk project requirement.
Ronda yard and naik kapal pagi and petang. Setel suma dlm pkl 5 gerak balik hotel.
Malam ni pulak dinner dgn PPM project. Dia nak belanja dinner and kali ni kedai lain lak. Makan Kambing Xinjiang lagi 😆
Masa nak balik dari dinner boleh terjumpa lak kereta Xiaomi EV. Jakun skit , hahaha
7 December 2024
Hari terakhir di Qidong. Flight balik amik awal sbb ada plan dgn family utk pergi Tanjung Malim Perak. Ada event adik Fayyadh dgn kawan2 dia. Then lepas tu nak visit Abg Fatihin lak hari Ahad.
Alhamdulillah sampai KL pkl 3.30 and gerak terus ke KL sentral amik ERL express. Pas tu sambung ke Tanjung Malim
No comments:
Post a Comment