07 May to 09 May 2025
Ok kali ni trip aku ke Newcastle, UK. Biasanya kalau budak2 minat bola ni dah biasa sangat dgn team English Premier League so team Newcastle United ni mmg familiar la. Lagi2 skrg sbb Newcastle antara team yang kuat dalam EPL 2-3 season ni. Newcastle dah boleh challenge dengan team big six lain - MCity/MUtd/Liverpool/Arsenal/Spurs/Chelsea.
Kali ni aku kena conduct and attend meeting dgn supplier utk barang/equipment bunkering hose reel. First time aku jaga package ni dan menarik untuk aku buat package ni. Tapi aku cuma pergi seorang sahaja. Takde PKM ikut skali so travel solo ke Newcastle. Aku terus amik flight dari Bergen, Norway ke Newcastle via Amsterdam. Naik flight KLM.
Newcastle International Airport
Macam biasa, sampai je airport, destinasi pertama tentulah check in hotel. Hotel yang aku duduk ni dekat area betul2 depan stadium keramat Newcastle United Football Club. Nama hotel aku duduk, Sandman Signature Newcastle hotel. Kalau dapat tingkat paling atas hotel ni confirm dapat tgk game dekat St. James Park, Newcastle United.
Bilik Hotel aku duduk
ada pic stadium
view dari dlm bilik menghadap stadium St. James Park
Bila sorang2 ni takde la nak ikut sape2 kan?heheh...so petang tu jalan2 sorang kat area depan stadium sambil cari kedai makan halal. Lagi sekali Alhamdulillah, dapat jumpa kedai arab turki gak kat Newcastle. Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari hotel and stadium.
Habis makan kita jalan kaki balik ronda stadium St James Park la 😀
Official shop Newcastle United FC
Alan Shearer Statue
Legends NUFC
Bobby Robson Statue
View hotel dari stadium
Esoknya aku attend meeting kat tempat supplier. Kali ni kena pergi ke tempat sub-supplier, fabrication workshop kat area Newcastle industry. Nama company tu SAFS. Alhamdulillah, syukur sbb segalanya berjalan lancar gak tanpa ada PKM. Apa2 kurang kita bawak balik KL bagi PKM/PKE setel 😄.
Habis meeting, mcm biasa jalan2 kejap area Newcastle, rumah kat sini byk pakai batu merah. kalau kat Malaysia ni orang cari rumah batu merah,heheheh....
Ok Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang aku akan ingat dan boleh la bercerita kat anak2 nanti 😀.
Terima kasih sekali lagi dan moga jumpa lagi dalam coretan yang lain......✌
No comments:
Post a Comment