Thailand Trip - Hatyai (Eps 4)

24 February
Hari berikutnya kami semua nak pergi ke lokasi seterusnya : Pasar Terapung.
Macam biasa, bermula dgn sarapan pagi. Kali ni kami pergi ke Restoran Halal Muslim yg mmg dah jadi tempat viral Rakyat Malaysia yg turun Hatyai.
restoran Muslim halal food

Makanan kat sini kebanyakan menu Malaysia dan ada jugak menu Thai.
Selesai sarapan, kami bergerak ke Pasar Terapung. Tapi mengikut cakap driver tuktuk kat sini, kena book / reserve tuktuk siap2 kalo nak pergi Pasar Ni sbb susah nak cari tuktuk bila nak balik dari sana. So kena siap reserve tuktuk pergi balik. Dapat nego dgn driver dan dapatla Harga ok sikit.
tuktuk book utk pergi - balik

Sampai di Pasar Terapung! Suasana dia meriah sbb mmg ramai org kat sini. Peniaga akan jual kat dalam sampan/perahu atas sungai, pas tu kita kena beli kat tepi/depan sampan.
Setel ronda2 dan makan2 kat Pasar ni, kami semua plan nak pergi ke ASEAN market. So mmg ambik masa lama kat pasar terapung ni..
Selesai suma skali, dah tiba masa nak gerak ke ASEAN Market.

Asean market ni dipanggil gak ASEAN Night bazar. Tempat jual barang2 souvenir nak bawak balik Malaysia. Aku pulak target nak cari baju jersey. Dapat la sehelai jersey AS Roma warna orange.

Ok Malam nye kami makan malam kat restoran halal dekat dgn hotel. Lupa nama restoran. Tapi makanan dia sedap. Esok dah nak balik so kami singgah gak beli makanan kat Pasar malam Lee Garden lg...

Thailand Trip - Hatyai (Eps 3)

23 February
2nd day kat Hatyai, kami plan nak pergi ke Songkhla City. Destinasi pertama kenalah sarapan dulu kan. So kami combine skali dgn lunch 😄. Kali Ni kami ke restoran halal 'Chabura Gyoza'. Daripada hotel naik tuk tuk Lori sbb ramai.
keadaan pagi area depan Grand Pink hotel. Tak ramai orang lagi
otw ke restoran

Sampai je restoran, orang dah ramai gak.penuh kedai. 
Alhamdulillah kenyang dah boleh cover sekali lunch time 😄. Plan nak ke Songkhla ni mula2 nak naik Van, tapi ada jumpa sorang pakcik ni bawak tuktuk Lori and van/lori tuktuk dia Besar skit dan selesa. Pakcik ni pun pandai cakap melayu Kelantan so kami pilih terus package dia offer ronda2 Songkhla/Hatyai.

Lokasi pertama ke Pantai Songkhla. Dapat la snap pictures dgn duyung.hehehe...
Lokasi ke 2 - naik ke Bukit royal pagoda. Kena naik cable car mcm kat Penang Bukit bendera. Area ni ialah kuil lama so kitorg tak masuk tapi ronda area sekeliling sahaja. View cantik sbb atas bukit so boleh nampak Songkhla overview.
Bukit ni gak dinamalan Tang Kuan hilltop. So in general, best utk view menarik 😀
Lokasi ke 3 - Stop sekejap kat R&R - Ada cafe Amazon. Kopi dia sedap
sebelom tu kena naik ferry utk lintas dari area 'pulau' ke seberang. Tak igt nama tempat dia, tapi rare gak la dapat naik feri dgn duduk sekali dalam tuktuk ni.hehehe
Lokasi ke 4 - Good Mountain Cafe
Tempat ni tak syok sgt sbb just tempat view dari atas bukit je sambil minum Kopi.
Lokasi ke 5 - Lawatan ke tempat patung Buddha baring.
Kalo dah ke Siam, tak sah kalo tak pergi tempat ni. So just singgah and tengok je dari dekat. Mmg Besar giler patung ni....
Lokasi ke 6 - Masjid Besar Songkhla
Hehehe...kalo datang Masjid Ni nak solat and sampai dgn wife takpe, jgn dtg sbb 'lain' susah la....hehehe.... Alhamdulillah dpt singgah solat kat Masjid ni, buat jamak skali 
Cantik Masjid Ni and boleh tahan Besar
Ok Alhamdulillah setel trip Hari ke 2 - Songkhla City!
Terima kasih kat pakcik yang kami Rasa bertuah dapat jumpa dia - baik/peramah/Muslim.
Ni van tuktuk yg kami naik 
 
Ok kita sambung utk Hari ke 3 pulak!!👍

Thailand Trip - Hatyai (Eps 2)

22 February
Lepas check in hotel (kami duduk kat hotel Grand Pink Hotel). Hotel ni dekat dengan area Lee Garden Hatyai. Letak barang2, lepas tu target nak cari makan lunch kat area dekat dgn hotel. Wife dah plan nak pergi restoran halal 'Kaitoddeccha'. Kami berjalan kaki je drpd hotel ke restoran. Boleh tahan jauh sikit....
Ada menu ayam goreng dan teh ais buih. Potion dia banyak gak utk sorang makan so puas hati makan Bila tengah lapar, hehehe...
Alhamdulillah dapat makan lunch.....balik ke hotel kami Jalan kaki gak nak pecah lemak,hehehe...
Sampai bilik, rehat2 and tunggu waktu malam. Orang kata Hatyai ni mmg senang nak cari makanan Halal, so insyaa Allah senang nak makan. Mmg betul la, sbb kat area Grand Pink / Lee Garden Ni ada pasar malam tiap2 hari dan mmg jadi tempat tumpuan pelancong datang Hatyai. Kami beli makan malam kat area pasar malam sini je....ada Halal and ada pilihan : sate/tomyam/padtai.

 Setel 1st day. Next day plan nak ke Songkhla City / Pantai 😀

Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...