Norway trip - part 2

 2 March 2025 to 7th March 2025

Part 2

Hari ke 4 - Hari discussion meeting dgn Supplier utk discuss pasal Engineering matters. Hari ni semua topic pasal engineering at least psl approval drawing kena setel. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan smooth. PKE, brader Eddy ni mmg power psl Marine and naval ni. tip top dlm kepala dia. Banyak benda aku belajar dgn dia psl boat engineering ni.


Dapat duduk kat actual lifeboat

Ready for delivery ukt project lain - boat kecik


Lepas tu ada site visit ke workshop and and tengok fabrication utk boat. Tak macm typical aku selalu visit workshop welding, kali ni workshop kuat bau gam!hahahaha....sbb pakai fibre material and glue adhesive as the proess for assembly and activities.  

Hari ke 5 - hari untuk Pre-Fabrication Meeting. Aku lead the meeting dan alhamdulillah semunya berjalan lancar. Client pun attend the meeting and tak banyak soalan2 yg ngeri2 tak boleh dijawab. Under control and going smooth! So overall, visit kali ni berjaya dan cemerlang! Alhamdulillah berkat bulan Ramadan jugak kot 😊. Malam nye, supplier ajak dinner sekali. Untuk aku sesi bukak puasa la. siap2 bagi instruction, no meat / alcohol serve so kitorg pergi dinner restaurant yg lebih kurang makan ikan/seafood - tapi laut kan,hehehe...
Time dinner dgn semua yg terlibat

Selesai lah trip meeting utk package ni kat Norway. Supplier siap2 dah ajak utk datang lagi utk visit FAT / Launch test utk next time. PKE / PKM maybe pergi. aku? tak sure lagi.hehehe....

Snow pun tak cair lagi time ni

Snow pun tak cair lagi time ni

Norway terkenal dgn wood dia

Hari ke 6 - hari nak balik Malaysia. Tak sabar nak solat terawih jemaah dah ni. Baru nak merasai suasana Ramadan kat tempat sendiir. rindu lak. mmg best lagi kat suasana negara sendiri. 

Surau kat Oslo airport





Alhamdulillah dengan rezeki dapat bermusafir ke negara orang. semua asbab kerja. Bersyukur dgn pemberian - Nya. Sign off from Norway! 











Norway Trip - part 1

 2 March 2025 to 7th March 2025

RAMADAN di Norway.

Hari pertama aku melangkah di bulan Ramadan tahun ni dengan kenangan yang tak dapat dilupakan. Kena pergi musafir ke negara orang untuk memenuhi tuntutan kerja ofis. Aku, PKM and PKE ditugaskan untuk pergi ke salah satu supplier untuk penuhi requirement attend meeting sebelum fabrication bermula.

Aku akan lead the meeting (Pre-Fabrication Meeting) untuk supplier ni yang akan supply Life Boats ke project baru yang tengah berlangsung. Life boat ni ialah salah satu new requirement yg akan ada dekat project baru kali ni. Sebelum ni pakai rescue bot and etc tapi kali ni project perlukan free fall life boat utk part of vessel utk project baru. 

Walaupun musafir, tapi niat hati mmg nak teruskan berpuasa walaupun tahu yg bermula puasa time sahur kat atas flight sampai lah di Norway akan makan masa lebih daripada 12 jam. Insya Allah hati kena kental sbb takut tak dapat nak ganti time bulan2 mendatang. Duduk atas flight je tapi kena bertabah lah bila stewardess hidang makan/minum.hehehe...

Destination flight aku amik kali ni mencabar sikit. Pengalaman baru sbb akan ada 2 tempat transit untuk lay over dan tukar flight. Book dgn flight Qatar Airways so flight confrim akan panjang utk sampai ke Europe. Journey flight will be from KL to Doha then sambung to Oslo, Norway. Lepas tu kena connecting flight lagi from Oslo to Kristansand, Norway. Tu la tempat destinasi supplier aku kali ni. Weather forecast pun sejuk kat Norway ni. Temperature from 2 degree to 9 degree. Flight from KL pkl 02:30am 2hb March and plan nak sahur atas flight. In syaa Allah sabar and tahan la sampai waktu buka puasa kat Norway nti bila sampai. Sampai Doha pkl 5.15am time sana dgn flight journey 7 jam. Alhamdulillah sempat solat subuh kat Hamad Airport. Maka bermulalah hari pertama puasa kat negara orang dgn bermusafir. Flight from Doha pkl 8.30am and sampai Oslo pkl 1.30pm. Flight journey 8 jam. Lepak badan sbb tak makan, alhamdulillah continue puasa. Kena layover kat Oslo airport dlm 4 jam then sambung dgn flight local SAS utk ke Kristiansand. Punya la bagus kat Oslo airport ni ada surau kecik. Alhamdulillah dapat solat jamak zuhur/asar kat sini. Flight kol 5.20pm and dah dekat waktu berbuka puasa kat sini. Kat Norway waktu maghrib/buka puasa dlm pkl 5.50pm so mmg kena tahan sikit and makan time bila sampai Kristiansand. Alhamdulillah berjaya sempurnakan puasa hari pertama bila sampai di Norway. 😊


Kristiansand Airport, Norway.

Sampai di Norway challenge satu lagi ialah utk cari tempat Halal atau kedai yg boleh makan. Alhamdulillah, ada gak la 2 kedai makan yg serving macam makanan arab. Jadilah makan wrap daging kebab dengan roti/ Kedai makan yg toke orang Egypt dah jadi orang lokal kat sini cakap Norweigian terus. Aku baru nak buka puasa and lapar cukup2 syukur dapat jumpa makanan ni kat sini. 


Bila check in bilik hotel pun dapat view cantik tepi laut. Sbb Kristiansand ni mmg area tepi laut. Dekat dgn North Sea. Bilik kecik tapi ok sbb view nice and cantik. Duduk hotel nama Clarion Hotel Tyholmen. 



Ready utk bangun pagi esok utk bersahur. Baru nak set kan badan and mind utk tukar timing. Jet lag ni masih ada tapi in syaa Allah steady. Check timing kat Kristiansand and Arendal area puasa. Subuh time pkl 5.00am and maghrib pkl 5.30pm. 

Hari ke 2 - sepanjang hari duduk hotel sbb tgh standby tggu member PKE sampai sini. so tak buat apa cuma jalan2 kat area sini. Tempat ni mcm vibe area kampung kat Malaysia tapi sbb kawasan sejuk so tempat dia tenaang2 je. Ramai orang2 tua duduk area penempatan sini, Arendal, Norway.
Church kat Arendal, Norway

view daripada tower kat Arendal.

Hari ke 3, hari start discussion with supplier. Pengalaman yg tak dapat dilupakan sbb supplier ni boleh pulak bawak kitorg naik actual boat dan bawak kitorg ronda area Arendal kat tepi laut. Supplier siap bawak sampai ke tengah laut North Sea and sampai ke lighhouse kat area sini. Hampir2 nak kesempadan Denmark 😅.








Lighthouse kat area North Sea

Alright, kita sambung part 2 utk trip Norway ni. Salam Ramadan Kareem!





 


 




China yard visit

5 December 2024.
Setelah sekian lama tak dapat pergi business travel disebabkan procedure baru dan COVID melanda, Alhamdulillah kali ni aku dapat join utk melawat yard and site kat COSCO. Site visit ni ialah initiative yg dibuat oleh Mero 4 project team sebelum kapal berlayar (prior to sailaway).
Aku bertolak ke KLIA utk flight yg schedule pkl 4 petang hari Khamis, 5hb. Dapat flight Shanghai airlines. Review aku flight ni lebih kurang flight low cost mcm Air Asia. Takde langsung entertainment kat seating flight. Even utk caj USB phone takde kat seat. Mmg kosong abis. Visit ni mmg short duration disebabkan project decision and budget factor. Total dalam 25 org utk site visit ke COSCO. Yard ni kat lokasi Qidong area and mmg area tepi laut.
                             pic atas kapal

Sampai kat Pudong airport dah malam sbb flight journey dlm 5 jam setengah. Sampai Pudong dalam pkl 9.30mlm. Waktu kat China sama dgn waktu Malaysia so senang and takde issue time differences.
Sampai airport dah ada driver standby by company utk amik kitorg. Aku dlm group 2 utk travel ni sbb company divide by 2 group. 1st group dah fly waktu pagi hari sama.
Setel suma termasuk imigresen and bag checking/collect so lebih kurang 10.30 kitorg bertolak ke Qidong utk ke hotel.
Company provide hotel mmg terbaik pada aku. Dapat stay kat Double Tree by Hilton kat city centre Qidong. Sampai je hotel mmg lapar giler so ada la dlm 6 org drpd group decide utk jalan2 cari makan walaupun dah pukul 12 malam.
                        bilik besar and nice
Samp hotel check in bilik and letak bag terus utk turun cari kedai makan.
Alhamdulillah, kitorg dapat cari kedai makan Halal walking distance from the hotel. Lebih kurang dlm 400m je dari hotel. Mmg perut dah lapar giler nasib baik ada kedai bukak lagi pkl 12 lebih ni. Dapat la makan satay Kambing Xinjiang, roti and makanan diorg. 
Lepak kedai makan sampai pkl 2 pagi. Esok get ready utk site visit ke COSCO yard. Bas bertolak pkl 7 so kena breakfast awal start pkl 6.
6 December 2024
Subuh kat Qidong awal. Pkl 5.04am dah subuh. Aku bangun pkl 5.30 and dah siap2 mandi suma turun sarap pkl 6. Ready nak gi COSCO yard. Picture kapal tak boleh letak sini sbb ada P&C utk project requirement.
Ronda yard and naik kapal pagi and petang. Setel suma dlm pkl 5 gerak balik hotel.
Malam ni pulak dinner dgn PPM project. Dia nak belanja dinner and kali ni kedai lain lak. Makan Kambing Xinjiang lagi 😆
Masa nak balik dari dinner boleh terjumpa lak kereta Xiaomi EV. Jakun skit , hahaha
7 December 2024
Hari terakhir di Qidong. Flight balik amik awal sbb ada plan dgn family utk pergi Tanjung Malim Perak. Ada event adik Fayyadh dgn kawan2 dia. Then lepas tu nak visit Abg Fatihin lak hari Ahad.
 
Alhamdulillah sampai KL pkl 3.30 and gerak terus ke KL sentral amik ERL express. Pas tu sambung ke Tanjung Malim

Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...