Newcastle, UK Trip

 07 May to 09 May 2025

Ok kali ni trip aku ke Newcastle, UK. Biasanya kalau budak2 minat bola ni dah biasa sangat dgn team English Premier League so team Newcastle United ni mmg familiar la. Lagi2 skrg sbb Newcastle antara team yang kuat dalam EPL 2-3 season ni. Newcastle dah boleh challenge dengan team big six lain - MCity/MUtd/Liverpool/Arsenal/Spurs/Chelsea.

Kali ni aku kena conduct and attend meeting dgn supplier utk barang/equipment bunkering hose reel. First time aku jaga package ni dan menarik untuk aku buat package ni. Tapi aku cuma pergi seorang sahaja. Takde PKM ikut skali so travel solo ke Newcastle. Aku terus amik flight dari Bergen, Norway ke Newcastle via Amsterdam. Naik flight KLM.

Newcastle International Airport

Macam biasa, sampai je airport, destinasi pertama tentulah check in hotel. Hotel yang aku duduk ni dekat area betul2 depan stadium keramat Newcastle United Football Club. Nama hotel aku duduk, Sandman Signature Newcastle hotel. Kalau dapat tingkat paling atas hotel ni confirm dapat tgk game dekat St. James Park, Newcastle United.
Bilik Hotel aku duduk


ada pic stadium

view dari dlm bilik menghadap stadium St. James Park


Bila sorang2 ni takde la nak ikut sape2 kan?heheh...so petang tu jalan2 sorang kat area depan stadium sambil cari kedai makan halal. Lagi sekali Alhamdulillah, dapat jumpa kedai arab turki gak kat Newcastle. Lebih kurang 5 minit jalan kaki dari hotel and stadium.



Habis makan kita jalan kaki balik ronda stadium St James Park la 😀

Official shop Newcastle United FC

Alan Shearer Statue

Legends NUFC

Bobby Robson Statue


View hotel dari stadium

Esoknya aku attend meeting kat tempat supplier. Kali ni kena pergi ke tempat sub-supplier, fabrication workshop kat area Newcastle industry. Nama company tu SAFS. Alhamdulillah, syukur sbb segalanya berjalan lancar gak tanpa ada PKM. Apa2 kurang kita bawak balik KL bagi PKM/PKE setel 😄.


Habis meeting, mcm biasa jalan2 kejap area Newcastle, rumah kat sini byk pakai batu merah. kalau kat Malaysia ni orang cari rumah batu merah,heheheh....



Ok Alhamdulillah, satu lagi pengalaman yang aku akan ingat dan boleh la bercerita kat anak2 nanti 😀.
Terima kasih sekali lagi dan moga jumpa lagi dalam coretan yang lain......✌













NORWAY 2.0

04 May to 07 May 2025.

Alhamdulillah, aku dapat peluang lagi sekali untuk pergi ke negara luar. Jauh perjalanan, luas permandangan. Kali ini lagi sekali aku ditugaskan untuk pergi ke Negara Norway! Kali ni aku ada meeting dengan salah satu supplier untuk project yang sedang berjalan sekarang. Supplier ni bertempat di state yang bernama Bergen, Norway. Tempat yang lain dengan tempat aku visit pertama kali dulu. Dulu aku pergi ke kawasan tepi laut, Kristiansand, Norway.

Supplier ni akan supply cargo/chemical pump untuk project yang tengah berjalan kat SBM skrg. Trip kali ni juga pergi bersama dengan Package Manager untuk barang ni. Mr. Ken Kiat. Sepatutnya kitorg pergi juga bersama dgn package engineer tapi PKE ada masalah dgn visa visit dia untuk dia travel daripada Bangalore, India.

Permandangan daripada bukit area kat Bergen, Norway

Trip kali ni aku dapat flight daripada KLIA dgn KLM. Netherland airlines. Biasalah, bila dah dgn SBM ni, confirm ni flight priority yg diorg akan bagi. So flight from KLIA to Schiphol, Netherland akan ambil masa 13 jam perjalanan. Confirm penat tapi layan kan je lah sbb lepas tu akan continue flight from Amsterdam ke Bergen. Flight ni pendek je lebih kurang 1.5 jam.

Kalau transit kat Amsterdam ni pada aku ok gak sbb facilities especially surau ada disediakan. so mudahlah aku nak bermusafir solat semua.

Alhamdulillah travel flight ke Bergen dipermudahkan dan sampai je kat Bergen airport, aku & Ken amik airport taxi terus ke hotel. Kitorg stay kat Hotel downtown Bergen, nama Hotel Norge by Scandic. Betul2 kat city center dan alhamduillah mudah untuk cari makan halal. Bagusnya ada gak kedai makan halal kat Bergen ni😊.
View bilik hotel

View dari dalam bilik kat tingkat 9.

View time nak sunset.

Suhu kat Bergen, 5/5/2025.

Makan kat kedai Turki.

Esoknya terus meeting dgn supplier untuk project package ni bermula. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang. 
Habis je meeting, petang tu Project Manger from supplier ajak dinner kat area atas bukit kat Bergen. Fuh, view dia cantik dan kami dapat peluang untuk naik "Funicular" train untuk ke puncak bukit. Tapi aku tak berapa wow sangat sbb train ni sama sebijik macam kat penang hill / Bukit bendera. Train pun sama so ok la dapat pengalaman baru naik train kat Norway.














Last day kat Bergen, aku sebenarnya nak kena pergi ke satu negara lagi - kali ni kena pergi ke Newcastle, UK untuk attend satu lagi meeting dgn supplier lain. Alang2 dah kat Europe, boss suruh tapau satu lagi package utk conduct meeting. Kita cerita nanti.... 😄

So sebelum check out and nak kena pergi Newcastle, jalan2 dulu pagi kat Bergen city. Amik gambar mana ada dan mana sempat buat kenangan....










Terima kasih layan cite aku. Jumpa lagi nti kisah aku kat Newcastle, UK pulak! ✌










 



Norway trip - part 2

 2 March 2025 to 7th March 2025

Part 2

Hari ke 4 - Hari discussion meeting dgn Supplier utk discuss pasal Engineering matters. Hari ni semua topic pasal engineering at least psl approval drawing kena setel. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan smooth. PKE, brader Eddy ni mmg power psl Marine and naval ni. tip top dlm kepala dia. Banyak benda aku belajar dgn dia psl boat engineering ni.


Dapat duduk kat actual lifeboat

Ready for delivery ukt project lain - boat kecik


Lepas tu ada site visit ke workshop and and tengok fabrication utk boat. Tak macm typical aku selalu visit workshop welding, kali ni workshop kuat bau gam!hahahaha....sbb pakai fibre material and glue adhesive as the proess for assembly and activities.  

Hari ke 5 - hari untuk Pre-Fabrication Meeting. Aku lead the meeting dan alhamdulillah semunya berjalan lancar. Client pun attend the meeting and tak banyak soalan2 yg ngeri2 tak boleh dijawab. Under control and going smooth! So overall, visit kali ni berjaya dan cemerlang! Alhamdulillah berkat bulan Ramadan jugak kot 😊. Malam nye, supplier ajak dinner sekali. Untuk aku sesi bukak puasa la. siap2 bagi instruction, no meat / alcohol serve so kitorg pergi dinner restaurant yg lebih kurang makan ikan/seafood - tapi laut kan,hehehe...
Time dinner dgn semua yg terlibat

Selesai lah trip meeting utk package ni kat Norway. Supplier siap2 dah ajak utk datang lagi utk visit FAT / Launch test utk next time. PKE / PKM maybe pergi. aku? tak sure lagi.hehehe....

Snow pun tak cair lagi time ni

Snow pun tak cair lagi time ni

Norway terkenal dgn wood dia

Hari ke 6 - hari nak balik Malaysia. Tak sabar nak solat terawih jemaah dah ni. Baru nak merasai suasana Ramadan kat tempat sendiir. rindu lak. mmg best lagi kat suasana negara sendiri. 

Surau kat Oslo airport





Alhamdulillah dengan rezeki dapat bermusafir ke negara orang. semua asbab kerja. Bersyukur dgn pemberian - Nya. Sign off from Norway! 











Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...