Asia Cup 2023 - 3rd game vs South Korea

25/01/2024

Hari terakhir pasukan kebangsaan kita untuk menghabiskan perjuangan negara di dalam Asia cup kali ni. Kita sudah confirm tak layak utk ke pusingan kalah mati, tapi jauh dalam hati aku ni mengharapkan pasukan kita untuk berjuang sepenuh hati demi lencana di dada!
Match akan bermula pukul 2.30pm waktu Qatar=7.30 mlm waktu KL. 
Aku gerak dari hotel lambat sikit sbb mmg nak sampai stadium timing ngam2 nak kick off. Match terakhir vs Korea ni main kat AlJanoub stadium. Tempat sama kita kena kitai dgn Jordan...so harapan nye kita tak kena mcm tu. Sampai stadium ngam pkl 2.20 and sempat rilek standby 10m lagi nak kick off.
Alhamdulillah, match yang aku harapkan player negara akan all out akhirnya tercapai dgn persembahan yang superb!! Satu kebanggaan bila ko dapat tgk live depan mata bila player negara main macam ni....
Semua rencah ada dalam game ni, kita ketinggalan dgn Korea sampai habis 1st half, then kita draw kejar dgn gol Faisal Halim yang gol yg marvellous. Lepas tu kita leading dgn penalti Ariff Aiman...yg mana sebelom tu Ariff dribble ball laju giler 1 vs 5 (Korea). Pas tu minit akhir 90+2 Son Heung Min dpt penalti utk Korea utk jadikan 3-2...time ni hati dah frust sbb kena gak lagi last minit...rupanya selagi wisel tak bunyi, selagi tu masih bernyawa, Romel Morales yg masuk secara sub menjaringkan gol come back kita!!wohoooooo!!!menjerit aku sampai suara serak! Kita dapat jaring gol lawan Korea dgn 3 jaringan!!bukan calang2 team yg kita draw. Dengan semangat mcm ni, aku percaya kita boleh layak lagi ke next Asia cup. Momentum tengah sedap utk vs Oman dlm qualifying round bulan 3 nanti.   

Pada aku percaturan coach KPG utk game Korea Kali ni teratur and kena pada waktunya. Formation masih kekal dgn 3-4-3 Dan mengekalkan kombinasi front 3 Faisal Halim(kiri wing attacker) - Darren Lok (ST) - Ariff Aiman (kanan wing attacker). Antara change yg aku paling respect KPG buat ialah start with Daniel Ting belah kanan wing back yg pada aku superb sbb dia boleh masukkan Son Heung Min dalam poket dia. Then gandingkan Stuart Wilkin pair dgn Brendan Gan as double pivot sangat membantu team kita kat bahagian tengah. Mcm aku rasa dulu time vs Bahrain, sepatutnya Brendan main sbb 'gel' dia dgn player negara dah ada so time tournament mmg kena guna dia. Dan Alhamdulillah, kita dapat 1st point dlm Asia cup dan dapat jaringkan 3 gol! So conclusion nye pada aku, kempen Asia cup Kali ni berjaya dan lagi baik drpd kempen last asia cup kita time jadi Tuan rumah....
In syaa Allah, lain masa ada rezeki boleh lagi ber away day utk team kebangsaan...
Alhamdulillah dengan rezeki dapat melihat negara orang dengan asbab Malaysia layak Asia Cup 2023....Allah bagi peluang kat aku utk tengok live kat negara orang...terima kasih kat wife yang bagi green light jalan2 kat Qatar ni! 😄. 

'Hayya Asia'

Asia Cup 2023 - 2nd game vs Bahrain

 20/01/2024

Perlawanan kedua pasukan negara dalam Asia Cup kali ni. Match ni ialah match yang paling penting dalam skuad negara untuk kejohanan ni sbb yang akan menentukan team kita ada harapan layak atau tak untuk ke peringkat seterusnya. Sebelum match ni, perasaan aku campur2, sbb tak nak mengharapkan dgn harapan yang tinggi utk match ni....aku kena realistik sbb kena sedar diri team kita masih mentah utk kejohanan besar mcm ni.

Match kick off pukul 5.30 petang. Time ni sebenarnya kat Doha ni dah masuk waktu Maghrib dah. so dah kira start waktu malam and dia punya feeling tu, fuhhh...sejuk gilar mat! dia punya angin tu mmg menusuk2 tulang sejuk giler. Match vs Bahrain ni main kat Stadium Jassim Bin Hamad yang mana stadium ni bukan stadium world cup tapi stadium utk club local kat Doha...kelab Al Saadd. Stadium ni kapasiti dia kecik je kalo nak dibandingkan dgn staidum AlJanoub. Jassim hamad stadium ni cuma boleh muatkan orang 15000 org je dlm satu2 masa game. Berbanding dgn AlJanoub boleh muatkan seramai 45K orang dlm satu masa. Sampai je stadium mmg meriah sbb ramai betol fan Bahrain datang tengok game ni...ye lah kan, Bahran dgn Qatar ni jiran sebelah menyebelah je. Cuma Bahrain ni negara yg ada history dgn Qatar sbb depa ni pernah nak menjajah Qatar waktu dulu. Kitorg sampai stadium mcm biasa menghala ke toilet dulu dan fuhh...dia punya baris nak masuk panjang giler sbb toilet pun kecik and tak banyak...so sabar je la hadap.


Amik pic depan stadium

view before kick off


Player negara warming up

Geng office mate kat Qatar : Wahab / Badrul / Apai



Ok. Kali ni tactical approach from coach KPG ada banyak improvement and sesuai utk oppo mcm Bahrain ni. Malaysia masih lagi main dgn formation 3-4-3 tapi in term of player positioning pada aku dah ngam. Meletakkan Ariff Aiman kat kanan as wing attacker dan Faisal Halim as wing attacker belah kiri amat baik. Dan KPG letak Paolo Josue sebagai ST utk menjadi sebagai False 9 pada aku. Sbb Paolo tak boleh jadi pure no 9 kalo ikut dia punya style of play. Cuma pada firasat aku, Paolo tak dapat nak 'hold' bola dgn baik sbb perlukan dia utk hold bola lama skit nak bagi defend ada nafas sikit. Match ni mmg aku dah expect Bahrain akan gunakan kelebihan dia better dari segi skills and understanding utk possession football and dictate game...mmg betul, utk keseluruhan game boleh dikatakan Bahrain pegang bola, tapi Malaysia boleh absorb dgn baik dan cuba buat counter attack dgn formasi yg better drpd game Jordan lepas. Ada Matt Davies and Corbin Ong utk wing back ok sangat sbb depa mmg dah biasa position ni.
Tapi itu lah, bila tactical strategy dah ok, 'luck is not on our side'. Kita kena betol2 kat last minit of the match....banyak yg boleh di persoalkan player management KPG, bila dia keluarkan Syamer Kutty yg pada aku ok utk main double pivot dgn Stuart Wilkin....KPG boleh pulak masukkan Natxo utk gantikan Syamer, yg aku rasa better masukkan Brendan Gan sbb Brendan dah lebih masak main and 'gel' dgn player Malaysia compare to Natxo. Takpe lah, ni cuma pandangan aku je...sbb yg penting kita sokong team kita.
Kena last minit ni mmg sakit hati wei....sbb sbg fan yg menang last minit, ko akan rasa geram giler! Tapi apakan daya, rezeki utk Malaysia dpt mata masih lagi takde utk Asia Cup ni.

Harapan aku agar game last vs Korea, team kita dapat bertahan dan absorb attacking Korea yg lead by Son Heung Min nanti. Balik bilik dgn hati yg geram dan sedih sbb kalah last minit....frust giler!

Jumpa ex-office mate, Diyana Taslim kat Doha lepas game Bahrain time nak naik Metro




Asia Cup 2023 - 1st game vs Jordan

15/01/2024

Perlawanan pertama pasukan kebangsaan pimpinan coach Kim Pan Gon di bumi Qatar! Match ni akan main dekat stadium AlJanoub, salah satu daripada stadium yang digunakan masa World Cup 2022. Rasa excited tu mmg giler2 sbb tak sabar nak tggu team negara kita main Asia cup!
Match kick off pukul 8.30 malam waktu Doha bersamaan dengan waktu KL 1.30 pagi (hari esok). Time siang tu sementara nak tunggu match, aku gi jalan2 bandar Doha jap. Kitorg pergi salah satu mall terbesar kat Doha, Doha city centre mall.
stadium kit aku utk ke stadium tgk Malaysia

Sampai la masa yang ditunggu, nak ke AlJanoub pada aku memang senang Dan aku rasa Qatar sebagai penganjur yang terbaik!mudah dan senang!transport pun depa bagi free service. Ticket MRT dpt free utk match day dan dapat free day pass unlimited for the match day. Boleh pergi mana2 station asalkan naik MRT. Aku dan abg bad naik MRT turun kat Al-Wakra station, pas tu drpd Metro ni, organizer ada sediakan bas free shuttle to AlJanoub stadium.
Metro AlWakra
Mas vs Jordan
bas yg organizer sediakan
view luar AlJanoub stadium
boleh lak jumpa player perempuan Malaysia, Intan Serah...ajak selfie terus!

Tapi kusangkakan team negara akan melawan, tapi kecewa sebab kita kalah 4-0 dengan Jordan utk perlawanan pertama kita di Asia Cup 2023 ni....sedih and frust wooo!! 
Rasanya tactical approach drpd KPG utk first game ni memang out and lari habis! Pandangan aku rasanya amat tak sesuai Ariff Aiman dan Faisal halim main di area yg sama kat sebelah kanan....formation 3-4-3 Dan Ariff Aiman sbg wing back mmg susah sbb Ariff tak boleh nak act as defender sgt. Proof dia kat gol ketiga Jordan, Ariff tak dpt nak intercept bola properly time crossing Jordan attack. Kalo defender biasa maybe boleh clear the ball or at least boleh block bola. Bottom point, mmg kita kalah dari segi speed player Jordan. CB pun out dgn Edstal tak boleh nak challenge striker Jordan yg mcm pelesit laju giler. Final result 4-0 and kita tak dapat score game ni....hopefully 2nd game kita at least dpt improve...mmg tak boleh letak harapan tinggi dan sbb tu la Matt Davies dah pesan awal2, kena realistik sbb Malaysia dah lama tak main tournament besar dan layak utk kejohanan besar selepas 46 tahun....so kena realistik...amik pengalaman and cuba utk daparkan tempat utk Asia cup lepas2 ni sebagai pasukan/team frequent ke Asia cup.
Ok. Kita tunggu 2nd game pulak vs Bahrain...apa yang nanti team negara boleh tunjukkan ke fan...
Balik bilik ke hotel dgn hati frust sbb tactical dah out and tak expect kita kalah teruk....

Asia Cup 2023 - Doha, Qatar

Perancangan untuk aku pergi ke away day Piala Asia 2023 bermula daripada bulan 5, 2023 lagi. Selepas Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang akan berlangsung kat Qatar bulan 1, 2024, takdak buang masa lagi terus set kat kepala nak layan game Malaysia kat bumi asing.
Aku nak merasa tgk game live Malaysia kat negara asing Dan Alhamdulillah misi aku ni boleh dicapai lepas Malaysia layak utk Asia cup Kali ni...
Since bulan 5, aku dah plan and mengorak langkah utk ke Qatar. Aku ajak member2 sekolah lama, member2 ofis and geng2 lama ke Doha tapi diorg tak dapat join....so mula2 mmg aku dah nekad lone ranger je terjah Doha, then dlm bulan 10, bro bad, boss aku kat SBM nak follow so confirm aku ber away day Harimau Malaya dgn dia....
Aku dapat ticket ke Doha dgn flight Air Arabia. Sbb Qatar airways harga keras walaupun direct flight. So aku amik Air Arabia ada transit kat Sharjah. Ada ticket lagi murah tapi sbb taknak transit kat Colombo, Sri Lanka, so aku amik Air Arabia. At least nak makan and lepak kat airport time transitudah and senang. Harga ok dapat dalam RM 4k pergi balik....

travel with my big brader abg bad - away day Asia cup 2023
ticket Air Arabia

Plan nak layan suma game Malaysia main. Ada 3 game vs oppo 1.Jordan 2.Bahrain 3.Korea
Flight 14hb January to 26th January. Mmg kasi sebat layan suma game. Booked hotel apartment full facilities kat Doha, Qatar. Nama hotel Ezdan Hotel Doha. Dapat bilik yg full facilities siap washing machine / dapur / hall so mudah and senang nti nak stay sana.

Hari yg ditunggu pun sampai. Flight ke Doha, Qatar. Flight ok sbb lebih kurang air Asia je cuma ni seat dia luas sikit. Sampai kat Sharjah, lepak makan dulu melantak nasi kat airport.
menu kat airport transit Sharjah
Daripada Sharjah to Doha cuma 1 jam je travel time so short flight. Alhamdulillah sampai Doha urusan dipermudahkan sbb plan naik MRT senang utk ke hotel. Kat Doha depa panggil Metro utk similar mcm KL utk LRT/MRT.
Kitorg amik MRT dari Metro Airport Doha Hamad Airport to Metro dekat dgn hotel, west bay station metro. Metro ni dekat jugak dgn Office Qatar Energy, company oil and gas terbesar kat Qatar ni.
Sampai je kat Ezdan Hotel, condition and bilik terbaek. Suma lengkap and Alhamdulillah senang nak hidup 2 mnggu kat Doha ni. Tak perlu pikir nak basuh baju suma. Sbb suma dah ada utk basuh baju/kering baju/masak sikit2 and buat keje WFH 😄
Ok. Alhamdulillah Selamat sampai di bumi Qatar and ready for the 1st game of the tournament!

Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...