20/01/2024
Perlawanan kedua pasukan negara dalam Asia Cup kali ni. Match ni ialah match yang paling penting dalam skuad negara untuk kejohanan ni sbb yang akan menentukan team kita ada harapan layak atau tak untuk ke peringkat seterusnya. Sebelum match ni, perasaan aku campur2, sbb tak nak mengharapkan dgn harapan yang tinggi utk match ni....aku kena realistik sbb kena sedar diri team kita masih mentah utk kejohanan besar mcm ni.
Match kick off pukul 5.30 petang. Time ni sebenarnya kat Doha ni dah masuk waktu Maghrib dah. so dah kira start waktu malam and dia punya feeling tu, fuhhh...sejuk gilar mat! dia punya angin tu mmg menusuk2 tulang sejuk giler. Match vs Bahrain ni main kat Stadium Jassim Bin Hamad yang mana stadium ni bukan stadium world cup tapi stadium utk club local kat Doha...kelab Al Saadd. Stadium ni kapasiti dia kecik je kalo nak dibandingkan dgn staidum AlJanoub. Jassim hamad stadium ni cuma boleh muatkan orang 15000 org je dlm satu2 masa game. Berbanding dgn AlJanoub boleh muatkan seramai 45K orang dlm satu masa. Sampai je stadium mmg meriah sbb ramai betol fan Bahrain datang tengok game ni...ye lah kan, Bahran dgn Qatar ni jiran sebelah menyebelah je. Cuma Bahrain ni negara yg ada history dgn Qatar sbb depa ni pernah nak menjajah Qatar waktu dulu. Kitorg sampai stadium mcm biasa menghala ke toilet dulu dan fuhh...dia punya baris nak masuk panjang giler sbb toilet pun kecik and tak banyak...so sabar je la hadap.

Amik pic depan stadium
view before kick off
Player negara warming up
Geng office mate kat Qatar : Wahab / Badrul / Apai


Ok. Kali ni tactical approach from coach KPG ada banyak improvement and sesuai utk oppo mcm Bahrain ni. Malaysia masih lagi main dgn formation 3-4-3 tapi in term of player positioning pada aku dah ngam. Meletakkan Ariff Aiman kat kanan as wing attacker dan Faisal Halim as wing attacker belah kiri amat baik. Dan KPG letak Paolo Josue sebagai ST utk menjadi sebagai False 9 pada aku. Sbb Paolo tak boleh jadi pure no 9 kalo ikut dia punya style of play. Cuma pada firasat aku, Paolo tak dapat nak 'hold' bola dgn baik sbb perlukan dia utk hold bola lama skit nak bagi defend ada nafas sikit. Match ni mmg aku dah expect Bahrain akan gunakan kelebihan dia better dari segi skills and understanding utk possession football and dictate game...mmg betul, utk keseluruhan game boleh dikatakan Bahrain pegang bola, tapi Malaysia boleh absorb dgn baik dan cuba buat counter attack dgn formasi yg better drpd game Jordan lepas. Ada Matt Davies and Corbin Ong utk wing back ok sangat sbb depa mmg dah biasa position ni.
Tapi itu lah, bila tactical strategy dah ok, 'luck is not on our side'. Kita kena betol2 kat last minit of the match....banyak yg boleh di persoalkan player management KPG, bila dia keluarkan Syamer Kutty yg pada aku ok utk main double pivot dgn Stuart Wilkin....KPG boleh pulak masukkan Natxo utk gantikan Syamer, yg aku rasa better masukkan Brendan Gan sbb Brendan dah lebih masak main and 'gel' dgn player Malaysia compare to Natxo. Takpe lah, ni cuma pandangan aku je...sbb yg penting kita sokong team kita.
Kena last minit ni mmg sakit hati wei....sbb sbg fan yg menang last minit, ko akan rasa geram giler! Tapi apakan daya, rezeki utk Malaysia dpt mata masih lagi takde utk Asia Cup ni.
Harapan aku agar game last vs Korea, team kita dapat bertahan dan absorb attacking Korea yg lead by Son Heung Min nanti. Balik bilik dgn hati yg geram dan sedih sbb kalah last minit....frust giler!
Jumpa ex-office mate, Diyana Taslim kat Doha lepas game Bahrain time nak naik Metro
No comments:
Post a Comment