Asia Cup 2023 - 1st game vs Jordan

15/01/2024

Perlawanan pertama pasukan kebangsaan pimpinan coach Kim Pan Gon di bumi Qatar! Match ni akan main dekat stadium AlJanoub, salah satu daripada stadium yang digunakan masa World Cup 2022. Rasa excited tu mmg giler2 sbb tak sabar nak tggu team negara kita main Asia cup!
Match kick off pukul 8.30 malam waktu Doha bersamaan dengan waktu KL 1.30 pagi (hari esok). Time siang tu sementara nak tunggu match, aku gi jalan2 bandar Doha jap. Kitorg pergi salah satu mall terbesar kat Doha, Doha city centre mall.
stadium kit aku utk ke stadium tgk Malaysia

Sampai la masa yang ditunggu, nak ke AlJanoub pada aku memang senang Dan aku rasa Qatar sebagai penganjur yang terbaik!mudah dan senang!transport pun depa bagi free service. Ticket MRT dpt free utk match day dan dapat free day pass unlimited for the match day. Boleh pergi mana2 station asalkan naik MRT. Aku dan abg bad naik MRT turun kat Al-Wakra station, pas tu drpd Metro ni, organizer ada sediakan bas free shuttle to AlJanoub stadium.
Metro AlWakra
Mas vs Jordan
bas yg organizer sediakan
view luar AlJanoub stadium
boleh lak jumpa player perempuan Malaysia, Intan Serah...ajak selfie terus!

Tapi kusangkakan team negara akan melawan, tapi kecewa sebab kita kalah 4-0 dengan Jordan utk perlawanan pertama kita di Asia Cup 2023 ni....sedih and frust wooo!! 
Rasanya tactical approach drpd KPG utk first game ni memang out and lari habis! Pandangan aku rasanya amat tak sesuai Ariff Aiman dan Faisal halim main di area yg sama kat sebelah kanan....formation 3-4-3 Dan Ariff Aiman sbg wing back mmg susah sbb Ariff tak boleh nak act as defender sgt. Proof dia kat gol ketiga Jordan, Ariff tak dpt nak intercept bola properly time crossing Jordan attack. Kalo defender biasa maybe boleh clear the ball or at least boleh block bola. Bottom point, mmg kita kalah dari segi speed player Jordan. CB pun out dgn Edstal tak boleh nak challenge striker Jordan yg mcm pelesit laju giler. Final result 4-0 and kita tak dapat score game ni....hopefully 2nd game kita at least dpt improve...mmg tak boleh letak harapan tinggi dan sbb tu la Matt Davies dah pesan awal2, kena realistik sbb Malaysia dah lama tak main tournament besar dan layak utk kejohanan besar selepas 46 tahun....so kena realistik...amik pengalaman and cuba utk daparkan tempat utk Asia cup lepas2 ni sebagai pasukan/team frequent ke Asia cup.
Ok. Kita tunggu 2nd game pulak vs Bahrain...apa yang nanti team negara boleh tunjukkan ke fan...
Balik bilik ke hotel dgn hati frust sbb tactical dah out and tak expect kita kalah teruk....

No comments:

Post a Comment

Shanghai Trip

16/06/25 - 20/06/2025 Alhamdulillah. Kali ni aku berpeluang pulak untuk trip pergi ke Shanghai, China. Macam biasa untuk lead the meeting fo...